LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 26 Oktober 2019 – Majlis Sambutan Hari Keluarga Maritim Negeri Pahang telah dilaksanakan dengan jayanya di Jasa ResortSungai LembingKuantan. Majlis ini dilaksanakan bertujuan menghargai jasa dan sumbangan semua warga kapal yang berkhidmat di MN Pahang seterusnya mengeratkan lagi hubungan baik di antara semua pegawai dan anggota. Lebih 200 kakitangan Maritim Negeri Pahang dan keluarga masing-masing hadir pada hari keluarga yang diadakan dalam suasana meriah.

 

Majlis ini didahului dengan ucapan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Keluarga. Beberapa acara sukaneka dan cabutan bertuah yang melibatkan kesemua pegawai dan anggotaserta ahli keluarga yang hadir sepanjang majlis ini berlansung. Acara sukaneka dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak dan kategori keluarga.

 

Majlis sambutan hari keluarga ini telah dilaksanakan dengan lancar sekaligus mencapai objektif yang disasarkan. Sambutan hari keluarga sebegini akan terus dilaksanakan di masa hadapan agar ukhwah silaturrahim dapat diperkukuhkan bukan sahaja kepada warga kapal bahkan juga ahli keluarga itu sendiri.

 

43  
12  

 

 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang