LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

JOHOR BAHRU, 13 Okt – Satu mesyuarat kerjasama antara Maritim Negeri Johor dan Jabatan Perikanan Negeri Johor telah berlangsung di ibu Pejabat Maritim Negeri Johor awal pagi tadi.

Mesyuarat tersebut di pergerusikan secara bersama oleh Kepten Maritim Sanifah bin Yusof, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor dan Cik Bahrihah Binti Zainal selaku Pegawai Perikanan Pejabat Perikanan Negeri Johor. Turut menghadiri dalam mesyuarat ini para pegawai kanan kedua-dua agensi.

Antara yang menjadi tajuk perbincangan mesyuarat ini adalah bagi mencari kaedah terbaik untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang berkesan antara dua agensi penguatkuasaan undang-undang ini.

Disamping itu perkongsian perintah, arahan, perkeliling, dan polisi terbaru turut di bincangkan bersama. Maritim Negeri Johor dan Jabatan Perikanan Negeri Johor juga bersetuju untuk mengadakan operasi dilapangan secara bersama dimasa akan datang.

WhatsApp Image 2019-10-13 at 2.08.51 PM

WhatsApp Image 2019-10-13 at 2.08.49 PM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Johor