LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 7 Oktober – Maritim Negeri Johor mengadakan majlis perjumpaan Pengarah Maritim Negeri Johor bersama warga ibu pejabat Maritim Negeri Johor sini pagi tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Hj. Abdul Rashid dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Negeri Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

Beberapa acara turut diadakan sepanjang majlis berlangsung antaranya majlis pemakaian pangkat, penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang bulanan, penyampaian sijil penghargaan kepada peserta pertandingan kumpulan Inovatif dan Kreatif dan penyampaian pingat dan piala pusingan kepada pasukan bola sepak Maritim Negeri Johor yang merangkul gelaran Juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Seramai 21 pegawai dan anggota dinaikkan pangkat atas perkhidmatan mereka yang cemerlang, dimana seorang pegawai dinaikkan pangkat kepada Leftenan Komander Maritim, manakala 10 pegawai berpangkat Leftenan Muda Maritim dinaikkan pangkat ke Leftenan Madya Maritim dan 10 anggota LLP dinaikkan pangkat kepada Laskar Kelas I.

WhatsApp Image 2019-10-07 at 2.30.35 PM

WhatsApp Image 2019-10-07 at 2.30.27 PM

WhatsApp Image 2019-10-07 at 2.30.21 PM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor