ALOR GAJAH, 7 Ogos - Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan mengadakan majlis pemakaian pangkat serta pelancaran kibar jalur gemilang bertempat di ruang legar Blok B Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

Majlis dihadiri oleh semua pegawai kanan dan warga Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat yang telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud kepada 4 orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim yang menerima kenaikan daripada Leftenan Madya Maritim ke Leftenan Maritim dan 8 orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim Lain-lain Pangkat yang telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan Maritim.

Dalam ucapan Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat dan beliau berharap kesemua mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih bermotivasi tinggi. Beliau juga mengingatkan semua warga agar sentiasa bersatu serta komited dalam menjalankan apa juga pekerjaan yang dilakukan.

Tambah beliau lagi, semua warga diseru agar menyemai sikap patriotisme dan semangat cintakan negara semasa melaksanakan tugas di lapangan sejajar dengan slogan bulan kemerdekaan tahun 20119 iaitu “Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih”.

Pada hari yang sama turut diakhiri dengan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan dimana menyaksikan gimik penyerahan jalur gemilang yang dilakukan oleh Pengarah Maritim Negeri yang dilakukan dalam majlis yang sederhana dan cukup meriah.

pangkat pangkat 1
IMG 7296  

Sumber:

Unit Komunikasi & korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan