GEORGETOWN, 7 Julai - Walaupun syawal sudah berakhir dua hari lepas, namun suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di kalangan warga Maritim Negeri Pulau Pinang (MNPP) tetap berlangsung meriah dengan kadar sederhana pada pagi tadi. Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan di Tingkat 3, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah (KP) APMM bersama isteri.

Majlis tersebut diadakan bersempena perjumpaan Dato' Sri KP bersama warga MNPP sebelum persaraan beliau. Kehadiran Dato' Sri KP telah disambut oleh Pengarah MNPP, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun, Timbalan-timbalan Pengarah dan semua Pegawai Memerintah kapal. Pada majlis tersebut, Dato' Sri KP telah menyampaikan amanat dan peringatan berharga untuk meningkatkan motivasi dan prestasi kerja warga MNPP.

Dato' Sri KP dan isteri seterusnya menjamu selera dengan pelbagai menu juadah raya bersama warga MNPP. Secara tidak langsung, majlis tersebut menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga MNPP.

 

001

 007

 

 

 

 

 

 

 

003004006

005