LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

DITAHAN MENANGKAP IKAN DI KAWASAN YANG DILARANG, 10 NELAYAN DITAHAN

KUDAT, 17 Jun - Kegiatan sebuah bot nelayan tempatan menangkap ikan di kawasan yang dilarang membawa padah apabila bot terbabit ditahan Maritim Malaysia, hari ini.

Bot terbabit ditahan oleh sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam penugasan Ops Pluto Timur di kedudukan sekitar 0.8 Batu Nautika dari pantai Tanjung Padang, Pulau Balambangan, Kudat.

Ketika ditahan, bot terbabit membawa bersama 10 orang nelayan ( 1 Malaysia, 2 Indonesia, 7 Filipina) berusia diantara 19 ke 54 tahun. Kesemua nelayan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Bot dan kesemua nelayan diiring ke Jeti Awam Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan di dalam kawasan yang tidak dibenarkan.