PULAU PINANG, 20 Jun - Majlis serah tugas Pegawai Memerintah KM BURAU telah diadakan di atas kapal KM BURAU pagi kelmarin.

Mantan Pegawai Memerintah KM BURAU, Lt Kdr (M) Loo Boon Yew akan bertukar ke Ibu Pejabat MN Pulau Pinang di SeksyenSiasatan untuk menjawat jawatan Timbalan Pengarah Siasatan. Beliau menyerahkan tugas Pegawai Memerintah KM BURAU kepada Lt Kdr (M) Mohd Azlan Bin Osman yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Siasatan.

Majlis serah menyerah tugas ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi (TPO) Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Ahmad Faez Bin Mat Ghani. Turut hadir Pegawai Penguatkuasaan Dan Eksesais Maritim Negeri Pulau Pinang, Leftenan Maritim Nurul Hanin Binti Mohd Isa.