LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 27 Mei Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Tadarus Al-Quran dan Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk pada 23 Mei lalubertempat di Perkarangan Tapak Perhimpunan Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

 

Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri dalam satu kenyataan berkata, program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan memasuki tahun ke empat dilaksanakan sejak tahun 2016 dan disertai hampir 90 orang kakitangan disini bermula jam 8 pagi untuk sama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk. Selain itu, Para Pegawai dan Anggota Maritim Malaysia turut meneruskan rutin mengadakan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Khamsah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

Tambah beliau, bubur lambuk yang telah siap dimasak diagihkan kepada warga Maritim, penduduk kawasan berhampiran termasuk beberapa agensi dan jabatan lain. Selain it, sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian juga turut diberikan kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang terpilih di sekitar kawasan Kuala Linggi.

Selain mengisi aktiviti rohani dan amal kebajikan dalam bulan Ramadhan, secara tidak langsung program ini mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan Warga Maritim Malaysia serta komuniti setempat.

IMG 7624 IMG 6946
WhatsApp Image 2019-05-30 at 11.27.48 2 WhatsApp Image 2019-05-30 at 11.27.48 1

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan