LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MIRI, 2 Mei - Satu aktiviti gotong royong di Masjid Darul Istiqomah, Kampung Luak, Miri berjaya dilaksanakan disini semalam.

Aktiviti ini telah dirancang oleh Zon Maritim Miri dengan kerjasama daripada Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ini. Antara penngisian aktiviti tersebut ialah, pembersihan kawasan perkarangan masjid, mengemas stor, membersihkan sejadah dan mengecat semula garisan tempat letak motosikal.

Aktiviti yang telah dihadiri oleh pegawai dan anggota Zon Maritim Miri berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada Hj. Shaikh Naem Aminullah (Pengerusi) dan semua AJK Masjid Kampung Luak, Miri.

IMG 3798  IMG 3799 
 IMG 3803 IMG 3804 
 IMG 3811 IMG 3814 

 

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam

Zon Maritim Miri