LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 01 Mei-  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis melalui Kelab Kesmar Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan Zon Maritim Kuala Perlis yang diadakan di Padang Bola Sepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis pagi kelmarin.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Siasatan Zon Maritim Kuala Perlis iaitu Lt (M) Mohamad Zaimi Bin Yakub. Sebanyak 4 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut iaitu Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP), Maritim Negeri Pulau Pinang (MNPP), Zon Maritim Kuala Kurau (ZMKK) dan Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP). 

Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) dinobatkan sebagai johan, Maritim Negeri Pulau Pinang (MNPP) dinobatkan sebagai naib johan, Zon Maritim Kuala Kurau (ZMKK) ditempat ketiga dan Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) ditempat keempat. Penjaring terbanyak pada kejohanan tersebut disandang oleh LK ll (M) Mohammad Rafini Bin Abd Razak dari pasukan Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP).

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk menarik anggota agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja-kerja kebajikan disamping melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan sosial.

 

Sumber :

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Perlis

LK (M) Mohd Shakyff Rizal Bin Mohd Sali