LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Sungai Udang, 25 April -Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan mengadakan Latihan Menembak Senjata Kecil Siri 1/2019 bertempat di Lapang Sasar Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM) pada 23 April lalu.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata, latihan ini diadakan bagi menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api kecil yang sering digunakan sewaktu melaksanakan operasi di laut. Secara tidak langsung latihan ini dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika menggendalikan senjata sewaktu bertugas.  

Pada hari tersebut, anggota telah menjalani ujian menembak bagi acara Precision 15 dan 20 meter dan Falling Plate 20 meter. Latihan pada hari tersebut berakhir dengan acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah kepada 10 penembak terbaik dan pemenang Falling Plate berkumpulan.

IMG 7320 IMG 7437
IMG 7568 IMG 7576

 

Sumber:

Unit Komunikasi dan Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan