LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 30 April - Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) Maritim Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Acara Bola Sepak 9 Sebelah (5 Penjuru) bertempat di Padang Bola Sepak PPM Batu Uban.

Pengarah Maritim Negeri (PMN), Kepten (M) Hamizan bin Harun hadir bagi merasmikan Karnival Sukan 2019 MNPP. Kejohanan ini diadakan selaras dengan pelaksanaan dasar 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) Semua pegawai dan anggota hendaklah memastikan pengukuran BMI berada dalam lingkungan yang telah ditetapkan. Sebanyak lima pasukan menyertai acara ini. 

Acara tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Silver Hawk. Naib johan dimenangi oleh PSMM Pulau Pinang, Merbah Hitam tempat ke-3, Kingfisher tempat ke-4 dan Phoenix Rise tempat ke-5.