LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

KUANTAN, 19 April – Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Basic Underwater Forensics Course selama lima hari bermula pada 15 hingga 19 April 2019 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang disini, hari ini.

Kursus ini telah melibatkan seramai 28 pegawai agensi dan lima orang pelajar Sains Forensik UKM yang sedang menjalani latihan industri di BSJM. Underwater Forensics merupakan salah satu cabang kepakaran yang diwujudkan dalam Maritim Malaysia sebagai satu alternatif dalam mengukuhkan bidang penyiasatan Forensik Maritim di Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih penyelam- penyelam Maritim Malaysia dalam mengendalikan bahan-bahan bukti di dalam air.

Seramai lima orang fasilitator yang terdiri daripada dua pegawai agensi dari BSJM dan tiga fasilitator jemputan telah terlibat dalam kursus ini untuk berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing berkaitan maritim dan forensik.

Mereka yang terlibat adalah Leftenan Komander (M) Mohd Affandi bin Ismail, Leftenan (M) Muhd Firdaus bin Saniman, Leftenan (M) Mohd Ghouse Azwan bin Mulkan, Komander Takehito Inaba dari Japan Coast Guard (JCG) dan Tuan Amidon bin Adnan selaku Pensyarah Jemputan UKM. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada penyelam-penyelam Maritim Malaysia terutamanya dalam penyiasatan forensik maritim.

dive 1 dive 4
dive 3            dive 2

Sumber/Foto: Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Ibu pejabat.