LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LUMPUR, 25 April - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan pameran Career Fair And Internship 2019 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bertempat di Perkarangan Hadapan Dewan Pendekar, UPNM, disini semalam.

Kehadiran seramai 500 pelajar termasuk pegawai gunasama dan kakitangan UPNM telah membanjiri sekitar tapak pameran yang berlangsung sejak awal pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang semalam.

Diantara agensi penguatkuasa yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

UPNM 1 UPNM 2
      UPNM 4        UPNM 5