LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 23 April - Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis (IPMNKP) telah mengadakan Program Derma Darah pada 17 April 2019 yang lalu bertempat di ruang legar IPMNKP. Program ini merupakan hasil kolaborasi di antara Unit Tabung Darah, Hospital Langkawi dan IPMNKP. 

 

Program ini diadakan bagi menampung keperluan tabung darah di Hospital Langkawi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan. Seramai 35 warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah hadir tetapi hanya 25 orang sahaja yang melepasi syarat kelayakan untuk menderma darah setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan. Program ini turut mendapat sambutan daripada orang awam melalui hebahan Facebook Hospital Langkawi. 

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga IPMNKP yang telah menderma darah dan membantu pihak Hospital memenuhi keperluan bekalan darah.

 

IMG 0075 IMG 0087 IMG 0100
IMG 0113 IMG 0121 IMG 0135