LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 22 April – Seramai 420 peserta dari pelbagai usia telah menyertai pertandingan Malaysia Open Water Swimming Championship (MOWSC) yang dianjurkan oleh Putrajaya Swimfest 2019 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, di sini semalam.

MOWC ini terbahagi kepada dua kategori iaitu 380 meter Sea Angle dan 5000 meter MOW 2nd Leg dari Kompleks Sukan Air, Presint 6 hingga Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8.

Peserta Kelab Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) dari Maritim Malaysia iaitu Kdr (M) Sharenliza bin Ghazali yang telah mengambil masa 2 jam 45 minit dan mendapat tempat ke 61 dari 160 peserta dalam kategori 5000 meter berenang yang mana pertandingan tersebut bermula pada jam lebih kurang 8.30 pagi.

Penyertaan ini bertujuan untuk menyuntik semangat kepada warga Maritim Malaysia untuk mencungkil bakat pegawai dan anggota sedia ada dalam bidang sukan selain melahirkan pegawai dan anggota yang cergas dan sihat bersesuaian dengan program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) yang sekian lama di laksanakan. Disamping itu, agensi menitik beratkan indeks jisim badan (BMI) pegawai dan anggotanya dalam melahirkan seseorang penguatkuasa yang berketerampilan dalam melaksanakan tugas di lapangan yang mempunyai pelbagai situasi yang perlu mereka hadapi.

Selain itu, dua anggota Maritim Malaysia iaitu BM (M) Azaha bin Ariffin dan LK (M) Syed Mohamad Haniff bin Syed Sohor dari Pasukan Tindakan Khas yang mempunyai Life saver bertauliah juga telah terlibat sebagai Sukarelawan Pasukan Penyelamat dalam Putrajaya Swimfest 2019. 

 

 

 swimfest19 1 swimfest19 2
swimfest19 6 swimfest19 4