LANGKAWI, 9 April – Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) mengadakan Program Penurunan Berat Badan bagi pegawai dan anggota yang sudah bermula sejak 1 April lalu sehingga 31 Mei ini.
Seramai 15 pegawai dan anggota terlibat dalam program yang diadakan di perkarangan pejabat operasi MNKP. Program ini dianjurkan bagi menangani masalah obesiti (BMI 30.0 dan ke atas) pegawai dan anggota maritim.
Program ini dilakukan tiga kali seminggu yang melibatkan aktiviti renang, larian 2.4 km, dan senaman litar bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Latihan renang diadakan pada setiap hari Ahad manakala larian dan senaman litar pada hari Selasa dan Khamis.
Pihak MNKP berharap program ini dapat memberi kesan positif dan memenuhi objektif program dalam memupuk gaya hidup sihat.
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber:
Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah dan Perlis