LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BESUT, 8 April – Seramai 30 orang pegawai Maritim Malaysia dari seluruh negeri, yang diketuai oleh Komander (M)  Mohd Sharenliza bin Ghazai, Bahagian Stesen Udara Maritim Subang telah menyertai Kursus SMART Intergriti siri 1/2019, yang dianjurkan oleh Unit Intergriti Ibu Pejabat Maritim Malaysia bertempat di  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur Besut, Terengganu pada 7 April yang lepas.

Kursus yang dijalankan dari 4 hingga 7 April lalu, melibatkan pelbagai aktiviti  antaranya ceramah, aplikasi teori, latihan dalam kumpulan dan aktiviti luar.

Dengan tema “Intregriti Dihayati, Organisasi Berkualiti” dipilih bagi kursus kali ini,  bertujuan untuk melahirkan anggota maritim yang berintegriti tinggi dalam menjalankan tugas serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.

Majlis perasmian penutup  telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Intergriti Maritim Malaysia, Komander (M) Mohd Shah Rulashari bin Ahmad. Hadir sama Ustaz Norawi bin Endut, Pengarah ILIM Wilayah Timur dan Ustaz Raja Mohd Alias bin Raja Ali, Ketua Fasilitator ILIM.

smart 1  smart 4
smart 2  smart 3

   Sumber/Foto: Unit Intergriti Ibu Pejabat