LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 1 MAC - Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), DSP Taufik Hidayat Arfiansyah pada 26 Februari lalu.

Kunjungan hormat diadakan bertujuan bagi mengeratkan jalinan kerjasama disamping bertukar-tukar pandangan serta maklumat antara kedua-dua pihak dalam isu-isu semasa yang melibatkan hukuman dan perlindungan bagi warganegara Indonesia yang ditahan.

Pihak Maritim Malaysia Negeri Melaka & Negeri Sembilan menyambut baik usahasama yang sedia terjalin antara dua negara dan berharap hubungan dua hala yang baik ini akan berterusan pada masa hadapan.

IMG 4342 IMG 4349
   

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan