LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

IRI, 7 MAC - Satu Kursus Asas Carilamat 'Maritime Rescue Sub Centre (MRSC)' yang melibatkan 25 pegawai dan anggota Maritim Negeri Sarawak telah dilaksanakan oleh Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Negeri Sarawak, 7 Mac lalu.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan serta tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di lapangan semasa operasi Carilamat.

Ceramah telah disampaikan oleh Leftenan Komander (M) Suzanna binti Razali Chan dan Leftenan Madya (M) Mohamad Hasni bin Lizarus, Pegawai dari BBCLBB Ibu Pejabat.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah BCLBB, Laksamana Pertama (M) Christopher Ravindran Dass  seterusnya beliau sudi menyampaikan sijil kehadiran kursus kepada semua peserta.

IMG 3434  IMG 3448 
   
 IMG 3472 IMG 3503 

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Sarawak