LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 05 Mac - Ujian kecergasan atau dikenali sebagai Ujian Cergas (UC) bagi pegawai dan anggota dari Maritim Negeri Pulau Pinang (MNPP) telah dilaksanakan pada 20 Februari 2019 manakala Ujian Renang telah dilaksanakan pada 27 Februari 2019.

UC yang melibatkan aktiviti bangkit tubi, tekan tubi, lompat setempat, 4x10 meter lari ulang alik dan larian 2.4 kilometer diadakan di sekitar kawasan Medan Selera Pantai Seagate Pulau Pinang. Tujuan UC ini diadakan adalah untuk memastikan fizikal setiap pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang sentiasa dalam keadaan segak, sihat dan cergas bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab penguatkuasaan ketika di lapangan.

Bagi Ujian Renang, ia telah dilaksanakan di Kolam Renang USM, Pulau Pinang. Dalam ujian tersebut, pegawai dan anggota dikehendaki berenang sejauh 50m dan berapung selama 3-5 minit. Pada kesempatan ini, Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) MNPP telah mengadakan acara sukan renang yang melibatkan empat pasukan iaitu Phoenix Rise, Kingfisher, Merbah Hitam dan Silver Hawk. Acara renang tersebut telah dimenangi oleh pasukan Silver Hawk.

Secara kesimpulan, aktiviti seumpama ini dapat menentukan keterampilan warga MNPP agar sentiasa segak, cergas dan sihat.