LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 24 Feb - Seramai dua Pegawai Maritim Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam sukan renang jarak jauh apabila berjaya menamatkan cabaran renangan di pertandingan Malaysia Open Water Swimming (MOWS) Challenge Port Dickson - Siri 2019 yang di adakan di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson, 24 Februari lalu.

Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali dan Leftenan Muda Maritim Mohamad Ikmal Ibrahim berjaya menamatkan renangan dengan mencatatkan masa 1 jam 5 minit dan 1 jam 20 minit bagi kategeri Sea Lion pada jarak renangan sebanyak 2000 meter bagi mewakili Kelab Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) yang melibatkan 600 peserta lain dari seluruh dunia.

Kedua-dua mereka akan meneruskan cabaran seterusnya di Putrajaya Swimfest - Siri 2019 pada April ini dengan jarak renangan sebanyak 5000 meter serta persediaan bagi menghadapi cabaran di Kapas Marang International Swimathon 2019 dan Oceanman Langkawi pada September dan Oktober depan.

WhatsApp Image 2019-02-24 at 16.30.17 WhatsApp Image 2019-02-24 at 18.55.25

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat, Putrajaya.