LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MELAKA, 14 FEB - Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari telah mengadakan lawatan kerja keselamatan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka di Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada 12 Feb lalu.

Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Yang Berhormat  Dato' Hasim b. Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Y.B. Datuk Mohd Sofi bin Abdul Wahab, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam,Yang Berhormat Tuan Norhizam bin Hassan Baktee, Exco Pertanian, pembangunan usahawan, koperasi dan industri asas tani, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri serta ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka seramai 30 orang.

Lawatan kerja dimulakan dengan sesi taklimat rondaan keselamatan oleh (PMN), Taklimat Persempadanan Maritim oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) seterusnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka bersama-sama deligasi meneruskan pelayaran menyurusi perairan Selat Melaka ke Pulau-pulau yang berada di sekitar Melaka sehingga ke kawasan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Tuan Hj. Adly bin Zahari berkata, tujuan lawatan ini adalah sebagai ‘Familiarisation’ kawasan operasi Maritim dan Operasi ATM. Selain itu, lawatan ini juga adalah sebahagian dari perancangan masa depan kerajaan Negeri bagi membangunkan pelabuhan Kuala Linggi.

cm 2 cm 3
 cm 4  cm 5

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat MN Melaka & Negeri Sembilan