LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

ALOR SETAR, 21 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah telah mengadakan Taklimat Pengurusan Lokap, Bilik Tahanan Sementara dan Tatacara Mengiringi Orang Kena Tuduh (OKT) yang telah diadakan di Bilik Taklimat Zon Maritim Kuala Kedah.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Balai Polis IPD Alor Setar Inspektor Mohd Rozilan bin Mad Yusof bersama Inspektor Steaphnie binti Ahmad Savaran dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kota Setar.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat tambahan yang bermanfaat kepada peserta terlibat.

Seramai 52 orang peserta terdiri pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Kedah, Maritim Negeri Kedah Dan Perlis serta Zon Maritim Kuala Perlis menghadiri taklimat tersebut.

WhatsApp Image 2019-02-24 at 9.26.55 AMWhatsApp Image 2019-02-24 at 9.26.55 AM 1  

Sumber

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah