LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 13 Februari - Wakil dari Department Home Affairs Australia telah mengadakan satu taklimat bertajuk "Interviewing, Questioning Techniques & Irregular Migrant Interviews" yang bertempat di Tingkat 3, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang pada 12 Februari 2019. 

Taklimat tersebut disampaikan oleh Mr Adam Karszniewicz selama 1 jam setengah meliputi teknik-teknik bertanyakan soalan terhadap orang yang disyaki bersalah (OYDS), cara-cara mengenalpasti OYDS yang bercakap tidak benar dan cara-cara membaca gerak tubuh (body language) OYDS ketika mengambil percakapan keterangan.

Seramai 28 pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang dari pejabat, bot dan kapal telah hadir dalam taklimat tersebut. 

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam MN Pulau Pinang