LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KLEBANG,27 Januari - Acara Klebang Melaka Aquathlon 2019 yang melibatkan dua acara sukan iaitu berenang dan berlari telah menarik perhatian lebih 500 peserta dari luar dan dalam negara. Pelbagai kategori telah dibuka untuk penyertaan para peserta antaranya Ultra, Standard, Race dan Dash.
 
Acara ini diadakan bersempena dengan pengisytiharan Tahun Melawat Melaka 2019 oleh Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka pada 27 Januari yang lalu.
 
Seramai tiga peserta dari Maritim Malaysia yang berminat telah turut serta dalam kategori standard dimana peserta dikehendaki untuk berenang sejauh 1.5km dan seterusnya akan meneruskan acara dengan berlari sejauh 10.5km.
 
Mereka adalah Kdr (M) Mohd Sharenliza bin Ghazali dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Lt Muda (M) Mohamad Ikmal bin Ibrahim dari KM Nusa dari Maritim Negeri Kuala Terengganu dan LK (M) Zulhazly bin hassan dari Bahagian Keurusetiaan dan Pentadbiran Ibu pejabat (BKP). Peserta tersebut juga telah berjaya menamatkan kedua-dua acara sukan berenang dan berlari dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi dua jam. 
 
Melalui pendedahan terhadap sukan seperti ini diharapkan ia dapat menaikkan lagi nama APMM di kalangan masyarakat dan dapat menarik lebih ramai lagi warga APMM untuk melibatkan diri dalam acara sukan-sukan yang lasak seperti ini. Peserta-peserta ini juga akan meneruskan cabaran dengan menyertai Malaysia Open Water Swimming (MOWS) di Port Dickson pada bulan Februari akan datang.
 
WhatsApp Image 2019-01-28 at 08.44.14 WhatsApp Image 2019-01-28 at 08.43.53 WhatsApp Image 2019-01-28 at 08.44.13 

Sumber/Foto:

Pegawai Stesen Udara Maritim Subang

Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat