LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 23 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon maritim Tawau telah menerima satu kunjungan hormat daripada Ketua Penempatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tawau.

 

Rombongan terdiri daripada Ketua Penempatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tawau, Kapten Ferdaus Sukrisno Handika Bin Suhaimi, Pegawai Penyiasat Kanan, PW11 PAP Muhamad Zaidi Bin Zahari dan Penolong Ketua Penempatan, PW Udara 11 Abd Masul Bin Hamzirul membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Tawau Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin bertempat di pejabat Zon Maritim Tawau.

 

Kunjungan hormat julung kalinya pada tahun 201ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara APMM Tawau dan ATM. Antara agenda pertemuan tersebut adalah untuk mengenali dan memahami visi dan misi Agensi dengan lebih lanjut. Selain  itu, turut dibincangkan mengenai strategi APMM dalam menangani pelanggaran undang- undang perairan dan isu-isu semasa berkaitan keselamatan dari pelbagai perspektif demi kedaulatan negara khususnya di perairan Tawau.

 

Ianya secara tidak langsung kunjungan ini mampu mengeratkan lagi lagi hubungan dua hala antara Agensi dan memberi manfaat kepada semua dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Porgram pada kali ini diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dengan sesi bergambar.

KH1 KH2

 

Sumber / Foto :

 

Unit Perhubungan Awam ZM Tawau