LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

KUCHING, 10 Jan 2019 – Seramai tujuh orang pegawai daripada Maritim Malaysia yang diketuai oleh Pengarah Maritim Negeri, YBhg. Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), YBhg. Encik Bohari bin Leng. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sarawak, Komander Maritim Hamiludin bin Che Awang.

Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama yang telah wujud diantara Maritim Malaysia dengan JPLS. Majlis diteruskan dengan sesi perbincangan di Bilik Mesyuarat Aras 15, Bangunan Sultan Iskandar. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan operasi selain berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing untuk memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan undang-undang di laut.

         Kunjungan seperti ini menunjukkan Maritim Negeri Sarawak komited untuk bekerjasama dengan semua jabatan dan agensi kerajaan yang lain untuk mengekang sebarang perlakuan jenayah di laut. Ini kerana lawatan seperti ini selain dapat mengeratkan silratulrahim juga dapat meningkatkan pengetahuan dan berkongsi kepakaran dengan jabatan-jabatan lain yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama diantara Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

 

 LAWATAN KE PERIKANAN 2  IMG 1348

Sumber     :

Leftenan Madya (M) Nazaruddin bin Morshidi

Pegawai Perhubungan Awam MN SARAWAK