LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUCHING, 7 Jan 2019 – Maritim Malaysia Negeri Sarawak mendahului negeri-negeri lain apabila memperkenalkan Anugerah Pegawai Contoh Bulanan di kalangan warganya dalam perhimpunan bulanan, disini, pagi tadi.

      Perbarisan perhimpunan bulan Januari 2019 itu diadakan di padang kawad KOMTAS, terdiri daripada 22 pegawai dan 84 anggota lain-lain pangkat telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, Pengarah Maritim Negeri Sarawak.

 


      Di samping menyampaikan anugerah pegawai contoh bagi bulan Oktober dan November 2018, Laksma (M) Robert turut menyampaikan sumbangan kebajikan Kelab Sosial dan Rekreasi Maritim Negeri Sarawak (SUKMAS) kepada anggota yang ditimpa musibah. Turut menerima sumbangan ialah anak-anak yang cemerlang dalam UPSR baru-baru ini.

 


      Di dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga maritim Negeri Sarawak untuk meningkatkan lagi prestasi kerja serta mengamalkan 3K dalam rutin harian bagi mengekalkan disiplin dan gaya hidup yang sihat.

LAKSMA ROBERT PERIKSA BARISAN
PEGAWAI GUNASAMA PLATUN ALFA

 

Sumber          :

Leftenan Madya (M) Nazaruddin bin Morshidi

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Sarawak