LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MIRI, 21 DISEMBER - Satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara Zon Maritim Miri menentang KD Perak telah berjaya diadakan pada hari ini. 

Seawal jam 7:30 pagi semua warga Zon Maritim Miri dan warga KD Perak telah berkumpul di padang Majlis Bandaraya Miri bagi menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut. Sebelum sepak mula, sesi penyerahan plaque kepada wakil KD Perak telah disempuranakan oleh Timbalan Pengarah Zon (O) iaitu Kdr (M) Salehuddin Bin Zakaria sebagai tanda kenang-kenangan.

Perlawanan berlangsung dengan baik sehingga ke wisel penamat tanpa ada apa-apa kecederaan mahupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada KD Perak iaitu tiga (3) berbalas satu (1).

IMG 3369  IMG 3382 
 IMG 3357 IMG 3379 
 IMG 3373 IMG 3378 

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam ZM Miri