LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 6 DisSeksyen Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis dengan kerjasama Hospital Sultanah Maliha Langkawi telah menganjurkan Program Derma Darah pada 5 Disember 2018 bertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Program ini diadakan bagi membantu sedikit sebanyak pihak hospital untuk menampung keperluan darah dan komponen darah bagi kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan. Seramai 27 orang warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah melepasi syarat kelayakan untuk menderma darah setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan.

IMG 4383 IMG 4372 IMG 4390

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam MN Kedah & Perlis