LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING, 4 Dis - Pengarah Maritim Negeri Johor, YBhg Laksamana Muda Maritim Dato’ Abu Bakar bin Idris, telah membuat lawatan kerja ke Zon Maritim Mersing.

Lawatan kerja tersebut adalah untuk yang terakhir bagi YBhg Dato’ sebagai Pengarah Maritim Negeri Johor kerana beliau akan berpindah ke Ibu Pejabat APMM Putrajaya sebagai Pengarah bahagian Keselamatan dan Pengawasan.

Dalam ucapan Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang YBhg Dato’ Abu Bakar kerana sepanjang khidmat bakti beliau di Negeri Johor telah mencapai banyak kejayaan dalam membanteras salah laku perlanggaran undang-undang di perairan Maritim Negeri Johor. 

 IMG 5548  IMG 5558
 IMG 5576  IMG 5580

 

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Mersing