LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA TERENGGANU, 29 NOV – Maritim Negeri Terengganu telah membuat kunjungan ke  Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu sempena program Preventive SAR  atau kesedaran keselamatan di laut khususnya untuk warga komuniti maritim ketika musim monsun yang sedang melanda di sekitar Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.
 
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten  Maritim Muhammad Suffi Bin Mohd Ramli dalam wawancara bersama RTM , beliau mengingatkan tentang kesedaran ketika berada dilaut terutamanya warga nelayan yang mencari rezeki dan tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di laut .Beliau turut menasihati warga komuniti maritim supaya lebih peka dengan keadaan cuaca di laut ketika menghadapi musim monsun yang bakal melanda. Turut bersama beliau dalam majlis tersebut ialah Pegawai Operasi Leftenan Maritim Md Firdaus Bin Omar Dan Pegawai Perhubungan Awam Negeri Terengganu  Leftenan Dya Maritim Pirabagar A/L Raman .
 
Sebarang permasalahan yang berlaku di laut boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu agar sebarang tindakan dapat diambil dengan kadar segera bergantung kepada situasi dan keadaan. Maritim Negeri Terengganu berusaha menyampaikan kesedaran keselamatan di laut dari semasa ke semasa melalui media elektronik,media massa beserta Program Sahabat Maritim untuk menyampaikan maklumat secara lebih menyeluruh.
 
WhatsApp Image 2018-12-03 at 11.33.52 WhatsApp Image 2018-12-03 at 11.34.13

Sumber:

Unit Perhubungan Awam MN Terengganu