LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 15 November – Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P LabuanYBhg Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan, telah membuat lawatan kerja ke Zon Maritim Tawau hari ini.

 

Ketibaan Pengarah Maritim Negeri dimulakan dengan menerima tabik hormat oleh Kawalan Suku yang diketuai oleh BM (M) Mohd Jefri bin Yeop Hashim. Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa serta pegawai-pegawai kanan yang lain turut hadir bagi meraihkan kehadiran YBhg Pengarah Maritim Negeri.

 

YBhg Pengarah Maritim Negeri telah menyampaikan amanat ulung kepada semua warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Tawau agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan ketelitian dalam melakukan tugas- tugasSelain itu beliau mengajak semua warga APMM agar memahami tugas dan peranan utama dalam menjaga kedaulatan negara.

 

Lawatan kerja ini merupakan yang julung kalinya diadakan pada tahun 201ini sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pengarah Maritim Negeri terdahulu.

IMG 0236 IMG 0274
IMG 0296                  IMG 0292

 

Sumber :

Unit Perhubungan Awam ZM Tawau

 

Sumber / Foto :

Unit Perhubungan Awam

Zon Maritim Tawau