LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, Nov – Majlis Penutup Kursus “Middle Management and Leadership” (MMLC) Siri 1/2018 bagi Pegawai Penguat Kuasa Maritim berpangkat Leftenan Madya Maritim hingga Leftenan Komender Maritim. Kursus tersebut berlangsung selama 5 hari bermula pada 29 Okt hingga 2 Nov 2018 yang melibatkan seramai 19 orang Pegawai dari pelbagai Negeri dan Zon Maritim Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melahirkan seorang Pegawai Penguat Kuasa Maritim yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman berkaitan dengan fungsi dan peranan seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.

 

Kursus ini akan diteruskan di masa akan datang bagi melahirkan seorang Pegawai Penguat Kuasa Maritim yang mempunyai sahsiah yang tinggi serta mampu menjalankan tanggungjawab dalam memimpin organisasi dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi.

Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Komandan Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional, Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz. 

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS

DSC 1629-SDSC 1653-S  
20181029 092142-SDSC 1708-S  

 Sumber :

Unit Perhubungan Awam AMSAS