LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, Nov – Pagi ini telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus “Senior Rate Management” (SRMC) Siri 1/2018 bagi Pegawai Penguat Kuasa Maritim Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Bintara Kanan Maritim dan Bintara Muda Maritim dengan dihadiri seramai 19 orang anggota. Kursus tersebut berlangsung selama 5 hari dan bermula pada 29 Oktober hingga 2 November 2018.

Objektif utama kursus adalah untuk melahirkan seorang Penyelia yang berkesan serta menanam sikap positif terhadap kerja dan berperanan sebagai penyelia atau pentadbir. Disamping, memberikan nilai tambah berkenaan dengan konsep mengurus, berkomunikasi, penggunaan teknologi, penilaian risiko dan juga etika sebagai seorang Pegawai Penguat Kuasa Maritim.

Pelbagai maklumbalas diterima daripada peserta sepanjang kursus ini dijalankan dan kursus ini pasti akan diteruskan dimasa akan datang bagi melahirkan seorang penyelia yang kompeten dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Komanden Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional iaitu Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz. 

DSC 1679-SMALLDSC 1714-S  
20181029 091724-S20181029 091754-S  

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam AMSAS