WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 26 Oktober – Satu kajian soal selidik berhubung faktor yang mempengaruhi keinginan meninggalkan organisasi Maritim Malaysia telah dilaksanakan ke atas kalangan warga Maritim Negeri Selangor, pada hari Rabu yang lalu.

Kajian tersebut merupakan sebahagian daripada submodul Strategic Partnership Program antara Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN) bersama Maritim Malaysia dan dilaksanakan oleh peserta Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam (DPA) Bilangan 1 Tahun 2018 daripada INTAN bagi mengenal pasti alasan dan punca yang mendorong anggota memilih tindakan berkenaan.

Para peserta program kemudiannya turut diberi pendedahan kepada bidang tugas Maritim Malaysia terutamanya ketika operasi di laut. Oleh yang demikian, seramai 7 orang terdiri daripada peserta DPA termasuk pelatih industri dari Cawangan Dasar Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia diberi peluang mengikuti pelayaran KM Bagan Datuk, semalam.

Pengenalan kepada enjin, penggunaan rakit keselamatan dan evolusi bersauh antara pendedahan yang diterima oleh para peserta. Mereka turut didedahkan dengan situasi apabila sistem kemudi rosak dan prosedur melawan api dan mencegah kebanjiran yang berlaku di kapal.

WhatsApp Image 2018-10-25 at 17.28.39 WhatsApp Image 2018-10-25 at 17.28.42

Sumber/Foto:

Staf Perhubungan Awam Maritim Negeri Selangor