WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 29 OKTOBER - Sesi Perjumpaan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan yang baru Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan menggantikan Laksamana Madya Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som yang dinaikkan pangkat dan bertukar ke Ibu Pejabat APMM Putrajaya telah dilaksanakan dengan lancarnya di pejabat Pengurusan Tertinggi Wisma WB, Kolombong, hari ini.

Majlsi dimulakan dengan bacaan doa oleh Bintara Kanan Maritim Suffyan bin Mohamad Razi, seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Maritim Negeri. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihati semua warga Maritim Negeri Sabah untuk menjaga disiplin dan nama baik agensi semasa menjalankan tugas.

Selain itu, Penyampaian Sijil Penghargaan kepada lima orang pelajar Latihan Industri North Borneo Univercity College (NBUC) yang disempurnakan sendiri oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah.

 

IMG 3085 IMG 3129
IMG 3133 IMG 3151

Sumber / Foto :

Staf Perhubungan Awam Maritim Negeri Sabah dan Labuan