WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GELUGOR, 27 Oktober - Maritim Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan untuk menyertai satu Pameran Kerjaya sempena ”Karnival Kokurikulum” di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Gelugor baru-baru ini.

 

Karnival anjuran sekolah tersebut bermula sejak awal 8.00 pagi turut melibatkan pelbagai jabatan/agensi kerajaan lain seperti Askar Wataniah, Bomba dan Penyelamat Malaysia. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti SKBG Got Talent, jualan, penalti shot, karaoke, memanah, cabutan bertuah dan E-Games yang telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada murid-murid, guru-guru, ibu bapa serta orang luar.

 

Pameran kerjaya ini memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi, tugas dan aset-aset Maritim Malaysia di laut dengan jayanya.

 

 

 

IMG 20181027 100605

 

IMG-20181027-WA0002

 

IMG 20181027 094510

 

 

Sumber:

 

Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang