WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU PINANG, 17 Oktober - Ibu Pejabat Maritim Negeri (MN) Pulau Pinang telah berjaya mengadakan aktiviti Fun Run dan Uji Cergas (UC) 2018 bertempat di luar pintu masuk utama Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban pada pagi ini.

Lebih kurang 180 peserta menjayakan aktiviti tersebut yang disertai oleh warga MN Pulau Pinang, Zon Maritim (ZM) Kuala Kedah dan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM).

Objektif Fun Run dan UC ini diadakan adalah untuk memastikan stamina serta kekuatan fizikal setiap anggota maritim MN Pulau Pinang berada pada tahap mampan. Acara dimulakan dengan UC yang melibatkan bangkit tubi, lompat setempat dan 4 x 10m lari ulang alik. Selesai UC, aktiviti kemuncak iaitu Fun Run dimulakan dengan perasmian oleh Pengarah Maritim Negeri, Kepten (M) Hamizan bin Harun.

Dengan adanya aktiviti ini, suasana keharmonian di kalangan warga MN Pulau Pinang, ZM Kuala Kedah dan PSSMM dapat dipupuk dan mewujudkan amalan gaya hidup sihat.

 

  

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Maritim Negeri Pulau Pinang