WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 15 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat serta pelantikan ke atas dua (2) Pegawai Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia iaitu Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Yang Berbahagia Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som kepada Laksamana Madya Maritim (JUSA B) bagi mengisi kekosongan jawatan selaku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia setelah penyandang sebelum ini Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim (Bersara) Dato’ Indera Mohd Taha bin Ibrahim bersara wajib pada 1 September 2018 lalu.

Beliau dilahirkan di Lenggong, Perak pada tahun 1963 dan telah menyertai Maritim Malaysia sejak Julai 2006. Beliau juga pernah berkhidmat bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 25 tahun. Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak 1 Mac 2016 sehingga 15 Oktober 2018.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Muda Maritim Dato’ Tan Kok Kwee pula menerima kenaikan pangkat kepada Laksamana Madya Maritim (JUSA B) dengan kekal memegang jawatan selaku Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia. Beliau dilahirkan di Seremban pada tahun 1960 dan menyertai Maritim Malaysia sejak Julai 2005. Beliau juga pernah berkhidmat bersama Kastam Diraja Malaysia selama 23 tahun. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan selaku Pengarah Cawangan Siasatan Maritim dan Pengarah Maritim Wilayah Utara (WILUTA) selama 6 tahun.

Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar bersama Pengarah Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia, Yang Berusaha Tuan Ahmad bin Tuan Wil.

Turut sama menyempurnakan majlis pemakaian pangkat berkenaan ialah Yang Berbahagia Datin Nor Zaida binti Yazid, isteri kepada Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Mohd Zubil bin Mat Som serta Yang Berbahagia Datin Kok Kim Kee, isteri kepada Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Dato’ Tan Kok Kwee.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia ini turut disaksikan oleh kesemua pegawai dan anggota Maritim Malaysia di seluruh Negara menerusi persidangan video secara langsung dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya.

 

                 1. LAKSAMANA MADYA MARITIM DATO MOHD ZUBIL BIN MD SOM 4                    1. LAKSAMANA MADYA MARITIM DATO MOHD ZUBIL BIN MD SOM 5
1. LAKSAMANA MADYA MARITIM DATO MOHD ZUBIL BIN MD SOM 3      1. LAKSAMANA MADYA MARITIM DATO MOHD ZUBIL BIN MD SOM 6

 

Sumber/Foto: Unit Komunikasi Korporat