LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kunjungan hormat yang julung kalinya oleh Laksamana Maritim Dato' Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia keatas YBhg  Tan Sri Jeneral Zulkifli bin Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera semenjaknya menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang ke 20 pada 20 Jun 2018 yang lalu di Pejabat PAT, Tingkat 5, Kem Kementah, Kuala Lumpur disini hari ini. 

Kunjungan Hormat ini merupakan satu penghormatan Maritim Malaysia terhadap Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta membincangkan kerjasama diantara kedua-dua pihak dari segi pengoperasian dan pelbagai persektif keselamatan Negara demi kedaulatan negara tercinta. Turut serta dalam lawatan ini Kepten Maritim Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia.

 PAT 1        PAT 2    
         

Sumber/Foto : Unit Komunikasi Korporat/Pejabat PAT