LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 2 Oktober - Enggan bersikap pesimis. Antara sikap yang diamalkan pegawai dan anggota Maritim Negeri Selangor dalam usaha untuk memulihara dan memelihara Pantai Tanjung Harapan bagi Program Pantai Angkat Negeri Selangor 2017 anjuran Lembaga Urus Air Selangor bermula September 2017 hingga Februari 2018.

         Usaha tersebut mencapai matlamat apabila pada 30 September yang lepas, Maritim Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang, sebagai komuniti Pantai Tanjung Harapan dinobatkan sebagai Johan bagi kategori pantai menewaskan tiga komuniti pantai yang lain. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin bin Shari dalam satu majlis perasmian Hari Sungai Sedunia di Off River Storage, Kg Hang Tuan, Bestari Jaya. Hadiah berupa sijil, wang kemenangan berjumlah 10 ribu serta papan tanda diterima oleh Pegawai Memerintah KM Danga, Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Mohamad selaku Pengerusi Program Pantai Angkat Tanjung Harapan 2017, bagi pihak Pengarah Maritim Negeri selaku Penanung program tersebut.

           Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, nilai-nilai murni dan sikap positif pegawai dan anggota mendorong usaha gigih dan komitmen yang tinggi di kalangan mereka bagi terus menjaga kebersihan dan menceriakan kawasan Pantai Tanjung Harapan sekalipun pantai berbatu berkenaan sering menjadi sasaran mudah berlakunya pencemaran sampah sarap terutamanya pada hujung minggu.

 

IMG 3330 IMG 3334

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Maritim Negeri Selangor