WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 28 September – Satu sesi dialog antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Langkawi telah diadakan pada 26 September yang lalu bertempat di Pejabat PNK Langkawi. Sesi dialog tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Haji Rozali bin Mohd Said dan diiringi 6 pegawai.

Sesi dialog ini adalah merupakan satu usaha bagi menjalin hubungan suai kenal antara agensi dan komuniti maritim di Langkawi, Kedah. Turut dibincangkan mengenai isu-isu terkini yang dihadapi oleh nelayan dan juga dapat memberi ruang dan peluang untuk wakil-wakil PNK untuk menyalurkan permasalahan, cadangan dan maklumat kepada agensi.

1
2

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Kedah/Perlis