LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuantan,19 Sep - Telah berlangsung acara tahunan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) di perairan Kuala Rompin, Pahang pada 14 hingga 16 Sep 18. Acara pada tahun ini dirasmikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut mengambil tempat sebagai peserta.

Maritim Malaysia telah terlibat secara lansung dalam menjayakan acara ini dan menugaskan KM TATAU sebagai kapal keselamatan sepanjang acara berlangsung. Aset lain yang turut terlibat dalam acara ini adalah dari Polis Marin,Jabatan Laut,Bomba dan Apm.Cabaran menangkap ikan layaran melalui acara tahunan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) berjaya menarik minat seramai 75 orang peserta daripada lebih 10 buah negara.Kemeriahan penganjuran acara ini saban tahun nyata dapat dirasai dengan kehadiran bukan sahaja kaki pancing tempatan, malah pemancing dari luar Negara yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai RPBIC ini.

WhatsApp Image 2018-09-19 at 10.58.47  WhatsApp Image 2018-09-19 at 10.58.49 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang