WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 18 September - Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis melalui Unit Sumber Manusia telah menganjurkan taklimat Skim CuepacsCare dan Ceupacs PA pada 17 September 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis yang telah disampaikan oleh  Encik Muhammad Dzulkhairie bin Zulkifli dan Encik Mohd Helmi bin Abu Bakar. Taklimat ini telah dihadiri seramai 67 orang pegawai dan anggota Maritim Malaysia serta pegawai gunasama.

Skim CuepacsCare ini terbuka kepada kakitangan kerajaan bagi memudahkan mendapat rawatan perubatan samada di hospital swasta atau kerajaan.  Dengan Skim CuepacsCare kakitangan kerajaan boleh menikmati rawatan pakar dan memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan. Semua warga APMM khususnya pegawai dan anggota skim T/ X (KUP) disarankan agar mengambil Insurans Peribadi dengan mana-mana syarikat agar keluarga terdekat dapat dilindungi sekiranya ditimpa musibah atau kemalangan yang tidak diingini.

 1. penyampaian cenderahati oleh  encik jegan kepada penceramah muhammad dzulkhairie bin zulkifli IMG 3932   IMG 3941

Sumber :

Pegawai Perhubungan Maritim Negeri Kedah/ Perlis