LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 12 September  - Seramai 30 Pegawai Kanan Maritim Malaysia menghadiri jemputan menyaksikan Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Dataran Pahlawan Negara Presint 1, Putrajaya.  

Perarakan ini juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar dan Timbalan Ketua Pengarah Logistik YBhg Laksamana Madya Maritim Dato’ Tan Kok Kwee.

Istiadat mengarak Panji-Panji ini adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong, sebagai menyembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.  

Panji-Panji adalah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong kepada Rejimen Askar Melayu Diraja pada 23 Mac 1963, Panji-Panji Rejimen Renjer Diraja dianugerahkan pada 3 Mac 1992, Panji-Panji Kor Armor pada 23 Mac 1963, Panji- Panji Tentera Laut Diraja Malaysiadianugerahkan pada 12 Mac 1966 dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia pada 14 Mac 1967. Panji- Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan  Agong berwwarna kuning dan mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengahnya dengan dikelilingi oleh dua karangan padi. Lambang di penjuru kiri atas menunjukkan Perkhidmatan manakala Rakaman Penghormatan Tempur di sulam di kiri dan kanan Lambang Diraja.

panji-panji 1 panji-panji 4
       panji-panji 3 panji-panji 2
panji-panji1 1size panji-panji size 2

Sumber/Foto : Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat