LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuantan, 5 September - Majlis serah menyerah tugas Pegawai Memerintah KM Langkawi telah diadakan di atas kapal KM Langkawi, semalam.

Mantan Pegawai Memerintah KM Langkawi, Kdr (M) Sivakumar a/l Vengadasalam yang akan bertukar sementara ke Ibu pejabat MN Pahang di Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim menyerahkan tugas kepada Kdr (M) Mohd Marmizi bin Md. Nor yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Memerintah KM Gemia.

Majlis serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkarnain bin Mohd Omar. Dalam ucapannya beliau berharap dengan pengalaman yang dimiliki oleh Pegawai Memerintah KM Langkawi yang baru dapat meneruskan legasi KM Langkawi yang cemerlang. 

WhatsApp Image 2018-09-05 at 11.50.32  WhatsApp Image 2018-09-05 at 11.49.51 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam MN Pahang