WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 4 Sept – Susulankerjasamayang diwujudkan antara 9 negara iaitu Bangladesh, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, AS, Thailand dan Vietnam dalam SEACAT (Southeast Asia Cooperation and Training), satu siri seminar telah diadakan di Manila, Filipina diketuai oleh Pengawal Pantai AS (US Coast Guard) serta melibatkan penyertaan para pelaut dan para pengawal pantai pada 27 Ogos lepas.

Selesainya seminar berkenaan menandakan bermulanya siri-siri latihan dalam Fasa Laut meliputi lima belas operasi oleh pelbagai negara dan tiga kapal yang direka untuk menyediakan peluang latihan dalam persekitaran di laut di dunia nyata. Ia bakal menunjukkan gabungan tentera laut, pengawal pantai, penguatkuasaan undang-undang dan organisasi interagensi lain dari Amerika Syarikat dan negara serantau Asia Tenggara untuk bekerjasama dalam memastikan perkongsian maklumat secara telus dan inklusif mengenai kesedaran terhadap jenayah seperti penyeludupan imigran, dadah, senjata,  serta penculikan dan penangkapan ikan secara haram.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim, seramai 5 pegawai dari Maritim Negeri Selangor telah menghadiri seminar tersebut berkenaan skop latihan visit, board, search and seizure (VBSS). Ia termasuklah tatacara penggeledahan, teknik menggari dan perkongsian maklumat antara setiap negara.

“KM Bagan Datuk telah ditugaskan untuk menyertai siri latihan yang bakal diadakan esok melibatkan senario penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Selat Melaka. Latihan penggeledahan yang dilaksanakan diharap dapat meningkatkan kompetensi warga Maritim Malaysia dalam usaha membendung kegiatan jenayah di laut di samping meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” ujar beliau.

WhatsApp Image 2018-09-04 at 11.46.30  

Sumber:

Staf Perhubungan Awam MN Selangor