WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUDAT, 2 September - Tindakan 12 nelayan warga Vietnam yang merompak hasil laut negara membawa padah apabila ditahan oleh Maritim Malaysia Zon Maritim Kudat.

Mereka ditahan pada sekitar kedudukan 27 batu nautika barat laut dari Tanjung Simpang Mengayau, Kudat jam 12.30 tengahari semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang mejalankan rondaan Op Pluto Timur diarah ke lokasi sejurus menerima maklumat berkaitan kehadiran bot itu yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di Perairan Malaysia.

Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati bot berkenaan mempunyai reka bentuk bot nelayan Vietnam yang bernombor pendaftaran tempatan serta turut mengibarkan bendera Malaysia.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 awak-awak termasuk tekong Warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 53 tahun berdasarkan kepada semua dokumen pengenalan diri yang ditunjukkan namun lesen bot dan lesen perikanan yang dimiliki didapati meragukan.

Kesemua mereka dan bot dibawa ke Jeti Awam Kudat bagi siasatan lanjut. Manakala kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan memiliki dokumen yang meragukan.

40586904 1845060745585832 3782256476983132160 n 40610531 1845060765585830 5711057948097118208 n

Sumber:

Staf Perhubungan Awam ZM Kudat